Want your
own Fotopage?









 


By: Shida Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Saturday, 7-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
JJCM - Ikan Bakar Bellamy

 
 
 
Dah lama sebenarnya teringin nak makan ikan bakar kat belakang istana ni, tapi tak berkesempatan je. Kebetulan tarikh yang dipilih memang tak de apa-apa program, maka bersama Huda menjejakkan kaki ke medan ikan bakar. Huda first time makan kat situ, aku dah kali ke-2. Kali pertama ada minggu sebelumnya.

Komen, air asam dia sedap. Ikan & sotong bakar dia tak best sangat sebab lama atas hot plate. Isi ikan & sotong liat sikit. Kalau pi time hari kerja memang tak menghampakan sebab pantang letak je, ada orang ambil. Apa-apa pun, puas hati le makan. Harga pun berbaloi layan je lah mata tu

ikan pari & terubuk


kerang bakar


sotong bakar

Emm.. sedapnya.. belakang istana mana ye?

http://www.onepiecebakery.com
Wed 12-Aug-2009 08:06
Posted by:Aja  - [Link]
Emm.. sedapnya.. belakang istana mana ye?

http://www.onepiecebakery.com
Wed 12-Aug-2009 08:51
Posted by:Aja  - [Link]
Business online.Pendapatan lumayan setiap minggu. Sila klik website ini http://www.my-successbiz2u.com/lela Mon 26-Oct-2009 14:44
Posted by:Rose
View all 11 comments Add comment


Sunday, 11-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Masak-masak Damaq (stew arab)

 
 
Hari tu masa gathering Kak Top bawak damaq. Disebabkan damaq tu adalah damaq kambing, maka aku makan sikit je lah. Sebab sedap, mintak le resepi dengan kak top.

Disebabkan nak masak damaq ni, aku beli slow cooker. Memang membantu sangat-sangat sebab aku buat damaq tulang. Biasanya kalau nak masak tulang memang jenuh nak merebus sampai isi di sekeliling tulang tu empuk.

Quote:
Damaq tulang lembu


Baguette


500gm tulang
1-2 sudu minyak sapi
2 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu cili blender
4 biji tomato didadu
Air
Garam & gula secukup rasa

Caranya:

1. Tumis bawang putih dan masukkan cili blender sehingga garing.
2. Masukkan tulang, tomato & bawang besar.
3. Masukkan sedikit air.
4. Garam & gula secukupnya.
5. Masukkan dalam slow cooker dan biarkan dia masak dengan sendirinya dengan mode slow.


Masa masak damaq ni, aku masak malam dalam pukul 12. Esok pagi bangun dah boleh sarapan senang kan.

Lawan damaq ni yang sedap adalah dengan baguette. Potong roti tu dan sapukan dengan garlic spread dan bakar seketika. Aku letak dalam non-stick pan je. Lagi senang.

Care to comment?


Friday, 9-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
JJCM - Dinner dengan Khairul & Co di Nailis Taman Dato' Senu

 
 
 
View all 5 photos...
Disebabkan Kerul banyak tolong aku sepanjang dia dekat Malaysia, maka memang aku janji dengan dia nak belanja dia & family makan. Puas jugak le fikir nak bawak derang ni makan kat mana. Mula-mula tu ingat nak pi bawak makan tomyam je. Tapi dah biasa sangat le asyik-asyik makan tomyam je kan. Tiba-tiba je terlintas di fikiran bawak derang pi Nailis. Lagipun dekat je dengan rumah.

Nailis ni terkenal dengan environment yang cantik. Yang aku tak berkenan, banyak ubat nyamuk, panas & bunyi music yang terlalu bising.

Sebenarnya aku dah makan petang tu. Si Kerul le tiba-tiba je ajak makan, so aku kena le makan makanan yang lite. Aku order ubi rebus cicah sambal ikan bilis & kelapa parut manis & ABC. Nasi lemak tu Kerul punya. Farah order lamb chop (tak sempat nak ambil gambar) & Ana order chicken chop (pun tak sempat nak snap).

Kerul & Farah


Kerul & Ana


Nasi lemak


ABC


Ubi rebus


Komen: makanan ok-ok je tapi mahal sangat. Tak berbaloi. Kalau nak pi makan western, baik pergi tempat yang sewajarnya

Care to comment?


Saturday, 3-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Gathering dengan Member Cari

Truffle
Shepherd pie
New york cheese cake
View all 8 photos...
Dah plan lama dah dengan Huda & Teja nak buat last gathering dekat rumah Teja. Lepas ni dia pindah ke rumah sendiri, tak merasa dah nak buat gathering yang meriah. Anyway, thanks Teja sebab sekali lagi sudi menyediakan tempat

Macam biasa kalau gathering kita orang ni mesti ada makanan. Sepatutnya ramai yang datang. Tapi sebab 3/4 orang ada masalah di saat terakhir, maka ada le dalam 8/9 orang yang datang. Kali ini kaum bapa pun ada yang datang.

Layan je lah gambar ye

Truffle oleh Teja


Shepherd pie oleh Teja. Sedap ni


New York Cheese Cake oleh Huda. Pun sedap


Fruit tart ni aku yang buat.


Kuih Talam oleh Puansri. Sedap-sedap semuanya


Acar mentah ni aku buat. Nasi dagang tak sempat amik gambar


Gulai ikan tongkol yang sedap oleh Huda


Pasta ni pun sedap cuma pedas sikit oleh Attyra


Ada few lagi makanan yang sedap tapi tak sempat nak amik gambar. Nanti nak cilok dari Huda atau Teja


ADUS MENU..... Mon 5-Jan-2009 04:48
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
salam..
wah bestnya geder2 n makan2 ni..
sayangnya tak dapat join....
Sun 11-Jan-2009 03:12
Posted by:kakliza  - [Link]
Visit us for TUDUNG EKIN COLLECTIONS!Cantik!Murah!Menawan!

- sesapa nak jadi pemborong kami sgt alu-alukan!Harga Tip Top!!!
- Pos ke seluruh malaysia,sabah,sarawak,singapura & brunei!
- Kain yg berkualit tinggi tetapi murah kerana kami beli secara boronggggg!

visit us!

http://precious-mine.blogspot.com
Sun 1-Mar-2009 16:08
Posted by:Farin preciousminebiz@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 24-Nov-2008 07:33 Email | Share | | Bookmark
Janda Baik

Bamboo chalet
 
 
View all 12 photos...
Rasanya sebulan jugak le plan nak ke Janda Baik. Ni kira 1st time outdoor aktiviti yang perlu outstation & tidur kat kat luar dengan kawan-kawan internet. Pergi kali ni dengan Teja dan kawannya. Actually Huda pun nak pergi jugak. Tapi last minute kakaknya terpaksa outstation dan dia kena tengok-tengokkan anak buah dia. Sedih Huda tak ikut sama Tapi tak pe, Insyaallah next year nak pergi lagi. Nak ajak Kak Penyu & Attyra sekeluarga.

Walaupun beriya plan, tapi ada jugak yang tak plan. Kebetulan baca dekat board Travel si Attyra nak pergi bawak anak-anak mandi sungai, terus aku ajak dia sama. Tapi Attyra & co tak bermalam.

Kat sana we all menginap di Zaini's Guest House. Ini link dia http://www.zainiguesthouse.com. Bagi mereka yang suka adventerous dan keindahan semula jadi memang elok menginap kat sini. Teja booking bamboo chalet untuk kita orang. 1 malam RM70. Ada katil queen dan 1 tilam single. Merasa le duduk kat rumah buluh. Best siottttt



Lepas lunch kita orang pergi D'Ark. Tempat tu aku suka sebab cantik & teruja nak pergi sebab dulu tengok drama Kekasihku Seru. Alaaaa...... citer hantu lakonan Umie Aida & Hairie Othman sebagai Waris tu. Banglo dia memang cantik. Warna hitam tu membuatkannya nampak eksklusif sangat. Tapi Teja seram katanya

D' Ark






Ni sungai depan D'Ark



Balik dari jalan-jalan, kita orang berendam dalam sungai dekat Zaini's sambil makan buah mata kucing & pauh agenda ke sana memang makan je

Ni gambar sungai depan chalet kita orang. Gambar aksi kuak lentang & dugung tak dapat disiarkan




Malam tu kita orang bbq chicken wing, daging rusa, ikan kembung, udang, sotong & kambing. Makanan memang banyak sampai pagi Ahad tu pun Attyra leh sambung bbq lak.

Quote:
Buffalo chicken wing - sumber kak cranko



20 ketul chicken wing - goreng seketika tak payah garam kunyit
2-3 sudu butter cairkan dalam periuk
1 botol sos BBQ

Caranya:
1. Cairkan butter kendian masukkan sos BBQ.
2. Masukkan chicken wing goreng daalm periuk sos.
3. Nak perap boleh. Kalau tak pun boleh terus bakar.
4. Resepi asal tak perlu perap & bakar 10 minit dalam oven.


Quote:
Ni daging rusa


1kg daging rusa dihiris anggaran 1 inci tebal
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 sudu lada hitam
7 sudu sos tiram
7 sudu sos plum
3 sudu sos lada hitam
4 sudu madu
1 sudu rosemary

Caranya:
1. Blender semua bahan kecuali daging & rosemary
2. Masukkan bahan blender ke dalam daging & gaul rata dengan rosemary.
3. Perap.

Weiihh makcik.. hehehe.. cantik ler 'janda baik' tu.... aku pun memang tengah cari-cari lokasi sesuai kat janda baik.. konon nak buat family day. Rumah buluh tu tak panas ker? Sat 20-Dec-2008 23:42
Posted by:Sabrina  - [Link]
best gile!!!!!!!!!sape2 nk prgi dtg ah!!!!!!!! Thu 22-Oct-2009 09:13
Posted by:daniel putera_daniel95@yahoo.com
ni daniel Thu 22-Oct-2009 09:15
Posted by:daniel putera_daniel95@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 14-Oct-2008 08:48 Email | Share | | Bookmark
Used Camera for Sale

Rupa paras hadapan
Paras belakang yang molek dan anggun
Assalamualaikum untuk virtual frenzzz. Dah lama bebeno saya tak menjenguk rumah ni. Rasanya dah banyak tiang-tiang yang nak kena perkukuhkan, atap yang perlu ditampal

Dari tajuk je sure dah boleh agak apa makna tersurat entry kali ni. Tak perlu tersirat dah sebab memang terang, nyata lagi bersuluh. Tujuan nak let go, sebab nak cari kawan baru yang lebih canggih le

Haaaa kat bawah ni ada details & spec dia. Nak tau lebih lanjut boleh le hubungi saya shidaaziz@gmail.com atau leh tengok kat sini

Ni rupa paras dia



Brand: Canon
Model: A420

Spec:
Max resolution 2272 x 1704
4.0 megapixel
SD/MMC Card
LCD 1.8"
Baterry AA

More details can check here http://www.dpreview.com/reviews/specs/Canon/canon_a420.asp


Camera come with:
1. Box
2. 16MB original Canon SD card (yang ni tak pernah guna hoccay) + free 128MB SD card
3. USB
4. Casing

Nanti saya hapdet lain ye. Skang ni musim bz. Rasa cam nak pecah pembuluh darah

pembuluh darah bhgn mana tuh Tue 14-Oct-2008 09:31
Posted by:@yue
Add comment


Monday, 5-May-2008 03:00 Email | Share | | Bookmark
Ikan Jaket, Tempe & Laksam - ada berani????????????

Ni semua gambar lapuk tau. Bukan gambar baru-baru ni

Mesti semua orang tahu kenapa ikan ni dipanggil ikan jaket kan. Dulu kita ni bukannya reti menyiang ikan jaket ni. Tapi my ex-house mate dulu le tunjuk macam mana cara menyiang, so jadi dah pandai le . Ikan ni kita suka buat masak kicap campur cili api & lada hitam. Memang best le. Kita ni kalau masak ikan, mesti kena goreng dulu. Kalau tak, tak lalu nak makan ikan tu sebab lembik.



Yang ni pulak sambal tempe. Ayu yang kuat boboks tu mengajar cara nak masak. Sekarang kita pun dah pandai masak tempe ni



Laksam ni pulak kita buat pasal honey bunny pi sebut pasal laksam. Apa lagi, buat je lah. Malas nak beli. Tapi kita buat terlebih asam keping le


Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Shida and hubby
Maaf andai ada silap dan salah mama ye....
Wed 8-Oct-2008 15:09
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Tgk aje buat lapar.

http://zamzamalakazam69.weebly.com/
Sat 15-Nov-2008 02:10
Posted by:Joe  - [Link]
sedapnye...
marila jengah ke kedai baru saya....

http://stylobubble.blogspot.com/
Sun 23-Nov-2008 03:28
Posted by:unnamed  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Sunday, 20-Apr-2008 11:52 Email | Share | | Bookmark
Tak tau nak kasi tajuk apa

Rojak buah
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum semua.

Woaaa.... rasanya dah 4 minggu tak jenguk FP sendiri ni, dah naik bersawang & ada jugak yang reinduwww kat kita yeww

Sorry la ek.... semenjak dua menjak ni rasa macam tak cukup je masa kerja 8 jam. Tu yang selalu terlajak balik pukul 6. Kalau time nak gaji sure kekadang tu sampai kul 6.30. Sampai honey bunny tu pun last week dah perli, "baru pukul enam, dah nak balik?" Chehhh... siottt jek dia pekenakan kita . The next two day pulak, sebelum dia pekenakan kita, baik kita kenakan dia dulu, "I dah nak balik ni. Ingat nak tidur kat office. Tapi terlupa bawak baju & bantal", hahhhh padan muko dia time dia balik lambat pulak, lagi seronot menyakat "Ehhhh.... I ingatkan you dah pindah duduk kat office "

So.... inilah kisahnya sejak lebih 5 bulan yang lalu. Dah bekerja semula. Kali ni bukan lagi jadi secretary macam yang lalu-lalu tu. Tapi sebagai Head of HR & Accounts Department. Balik kerja, dah tak larat nak online. Even selalu tak dapat habiskan episod drama bersiri Korea. Selalunya jam 9.15 dah terlena. Sekarang ni masak pun tak de semangat tau. Sebenarnya jaranggggggggg sekali masak

Kali ni nak tayang kat korang semua aktiviti bulan Februari lalu. Ni ada gathering dengan geng food. Buat kat Vistana. Layan blues ye



































Salam perkenalan...sesiapa yang berminat ngan batik terengganu. silalah melawat ke fotopage saya... http://fidafar.fotopages.com/ Mon 5-May-2008 07:31
Posted by:fida fida_far@yahoo.com
Wow... keje, pastu biz lagi.. Terrer sunggh!! Minum kacip patmah ekk???

geram betul tgk 1st pic tu. Tu lerr yang lupe nak order ari tu..
Wed 28-May-2008 06:22
Posted by:.::diba::.  - [Link]
Semua nampak sedap2 belaka la k shida.....

AQis
http://midnitebaker.blogspot.com
Sat 22-Nov-2008 15:53
Posted by:midnitebaker@Taiping,Perak balqis_cakes@yahoo.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Monday, 14-Jan-2008 04:10 Email | Share | | Bookmark
TAGGED BY THE JEDI INCORPORATED

Here's the rules:

you have to list all the links that are given including the link of the person who tagged you, (that's me) plus 5 more links from your own lists of friends.

Those 5 whom you tagged will also have to do the same, include all the links given to them by you plus their own links plus 5 links of people whom they want to tag. This is considered like the exponential concept. Which means 5+25+125=infinity.

There are advantages of this linking tag game.

Increase traffic to your blog.
Create a community.
Add friends.
At least it's an update to your blog.

1. The Strategist Notebook
2. Link Addiction
3. Ardour of the Heart
4. When Life Becomes a Book
5. The Malaysian Life
6. Yogatta.com
7. What goes under the sun
8. Ubuntu For Malaysian
9. Arsenal Malaysia
10. Malaysian Computer Technical Blog
11. TeqEdge
12. Qubix Blog
13. Silent Blogger
14. Senyuman Sedekah
15. Teranung.blogspot
16. Aku tetap aku
17. Taszara.com
18. Sheifa
19. aiNul
20. Mazudi
21. Neobe
22. Ba’ang
23. LanRasso
24. Megat.net
25. fawari.net
26. Azreenisme
27. Lisa Dearlova
28. Auroramist
29. Sultana
30. Jedi Knight
31. Shida Aziz - tagged by Jedi Knight

Next, would be:

1. maisya
2. boxhousestudio
3. cak
4. ida isk
5. zai

yu hu lama tak dengar khabar berita...ternampak nama kita kena tag ne... Fri 28-Mar-2008 10:16
Posted by:boxhousestudio  - [Link]
salam kak shida, saya dh bnyk kali email kat info@mysweetfrosting.com nk tnya pasal quotation wedding cake tp semua failed. if kak shida ada email lain boleh x bg kat saya? sangat urgent... TQ very much! Wed 2-Apr-2008 01:29
Posted by:diLLa fadilah83@yahoo.com
Salam perkenalan.Jom lawat Fp ina entry baru Banana Chiffon Cake & Puff Lagi jgn lupa tinggalkan komen Fri 11-Apr-2008 21:35
Posted by:yullina  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Sunday, 13-Jan-2008 15:02 Email | Share | | Bookmark
Scones

 
 
Beberapa hari yang lepas Shida buat raisin scones. Nak buat dah lama tapi tak jugak terbuat-buat. Tapi kali ni gagahkan juga buat walaupun kurang sihat, sebab ada buka 1 liter susu. Takut nanti susu tak habis dan membazir, baik buat sesuatu. Terus teringat nak buat scones sebab memang dah lama aim nak buat

Lama juga dok mencari resepi. Tapi kebanyakan resepi lebih kurang je. So Shida cuba resepi dari Joy of Baking.

Buatnya sekejap je. Nak sedap gunakan pure butter. 1 adunan ni dapat banyak. Kalau family members tak ramai, boleh buat 1/2 adunan sahaja.



Quote:
Raisin Scones

2 cups (280 grams) all purpose flour
1/4 cup (50 grams) granulated white sugar
1 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup (113 grams) (1 stick) unsalted butter, cold and cut into pieces
2/3 cup (160 ml) buttermilk
1 cup raisin

Egg mixture for brushing tops of scones:

1 large egg, lightly beaten <----------- Shida masukkan telur dalam adunan & tinggalkan sedikit untuk sapu atas scone
1 tablespoon milk

Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C) and place rack in middle of oven. Stack two baking sheets together and line the top baking sheet with parchment paper. (This prevents the bottoms of the scones from over browning during baking.)

In a large bowl, whisk together the flour, sugar, baking powder, baking soda and salt. Cut the butter into small pieces and blend into the flour mixture with a pastry blender or two knives. The mixture should look like coarse crumbs. Add the buttermilk to the flour mixture and stir just until the dough comes together. Do not over mix the dough.

Transfer to a lightly floured surface and knead dough gently four or five times and then pat, or roll, the dough into a circle that is about 7 inches (18 cm) round and about 11/2 inches (3.75 cm) thick. Cut this circle in half, then cut each half into 3 pie-shaped wedges (triangles). Place the scones on the baking sheet. Make an egg wash of one well-beaten egg mixed with 1 tablespoon milk and brush the tops of the scones with this mixture.

Bake for about 15 to 20 minutes or until golden brown and a toothpick inserted in the middle comes out clean. Remove from oven and then turn your broiler on high. Sift confectioners (powdered or icing) sugar heavily over the tops of the scones and place them under the broiler. Broil for just a few seconds, turning the pan as necessary, until the sugar has melted and turns golden brown. Make sure to watch the scones carefully as the sugar will burn very quickly. Transfer to a wire rack to cool.

alongg..miss u

lama x sembang kan.uhuk2
eh..kenal uncle rozzan ek?
balik kuala kangsar nanti..singgah le manjung..moh le melawat kami yerk
branak bulan 4 nih insyaAllah..doakan semer slamat.amin
Wed 23-Jan-2008 07:49
Posted by:Syerah&Zainul utada_hikaru85@yahoo.com  - [Link]
The secret ingredient in this pretty heart-shaped cake is whipped cream, which replaces butter as the fat and gives the cake an airy texture.

http://decorating-cake.blogspot.com/
Mon 21-Apr-2008 16:45
Posted by:decorcake23 decorcake23@gmail.com  - [Link]
The secret ingredient in this pretty heart-shaped cake is whipped cream, which replaces butter as the fat and gives the cake an airy texture.

http://decorating-cake.blogspot.com/
Mon 21-Apr-2008 16:48
Posted by:decorcake23 decorcake23@gmail.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.