|
|
| Monday, 19-Jun-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Char kuey teow
|
|
Malam tadi aku rajin sikit. Buat char kuey teow untuk dinner. Dah le. Tak boleh makan banyak-banyak sangat. Honey bunny bising kata aku ni kanak-kanak tengah membesar aku cakap kat dia aku ni macam Velvet AF4. Manissss.........
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 18-Jun-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bubur nasi & tomyam Kak Mah
|
|
Dah lama aku dok merengek kat honey bunny nak pi makan kat Kak Mah Last week masa birthday dia tak de untuk celebrate birthday aku. Tapi dia ada tanya aku nak pergi mana. Aku cakap nak pi kedai Kak Mah. Makan tomyam Dia gelakkan aku pasal aku nak dinner kat situ je. Masa birthday yang ke-26 aku ajak dinner kat Yong Tau Foo Ampang Point Tercapai juga hasratku yang dah lama tak makan tomyam kat situ.
Aku decide nak makan bubur nasi je. Tapi tomyam kena order jugak pasal tomyam dia sedap bangat Aku suka bubur nasi kat situ sebab banyak pilihan ikan masin, ikan kering dan sebagainya. Yummyyyyyy........
Ini deretan pilihan ikan masin, sotong dan sayur
Yang ini deretan ikan masin, kering, manis & sotong
Pilihan sayur-sayuran
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Jun-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Minggu penuh sesak
|
 |
|
Nasi goreng cili api
|
|
 |
|
Tart nenas
|
|
|
Minggu ni, aku sibuk dengan kerja-kerja editing. Tak de masa nak masak macam-macam. Dinner pun sekadar makan roti john, cucur jagung atau apa-apa je yang simple. Yang penting aku tak kelaparan.
Hari ni kerja editing dah siap, bolehlah buat makan sikit-sikit. Tengahari buat nasi goreng cili api je. Malam sambil menonton tv aku buat tart nenas.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 11-Jun-2006 07:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malasnya nak masak
|
 |
|
Ayam goreng telur
|
|
 |
|
Lala masak pedas
|
|
|
|
Aku ni memang malas nak masak-masak untuk makan nasi. Tak tahu le kenapa. Tapi sebab kalau tak masak, aku tak makan, maka aku masak jugak le.
Pepagi tadi aku pergi pasar. Kali ni nak beli udang & sotong je. Ikan masih ada lagi. Hari ni ada pulak yang berjual lala. Dah lama tak makan. Beli jugak le walaupun harga sekilo RM6 . Mungkin baru musim maka harganya sedikit mahal.
Balik rumah aku terus masak lala. Kalau dibiarkan nanti busuk pulak. Aku jugak yang keracunan makanan. Biasanya aku masak lala masak pedas je. Itu je yang paling senang. Kemudian aku masak ayam goreng telur.
Tengahari ni aku tak boleh nak layan CSI sebab nak tengok konsert AF4. Kacau betul le
Malam ni aku masak roti john je. Malas nak makan nasi
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Jun-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cuti
|
|
Hari ni aku bercuti kerana pergi ke kelas hiasan kek di BWY Puchong. Geng Cari 4 orang & 5 orang dari geng RN.
Aku keluar rumah awal juga macam nak pergi kerja. Mula-mula pergi post office buat pos laju untuk bungkusan kepada kak Nina. Lepas tu pi Menara Rebung sekeap hantar cheese cake pada si Ayue. Semalam dah janji dengan dia nak hantar birthday cake. Lepas tu terus pi ambik Teja kat rumah dia. Kita orang car pool.
Actually masa nak pergi tu, kita orang tersesat Aku tersalah ambik jalan. Termasuk ke Mid Valley. Berpusing jugaklah kat dalam parking tu. Tapi alhamdulillah sempat sampai ke kelas sebelum pukul 10.
Kelas tersebut dikendalikan oleh Mr. Hau. Semua peserta buat 2 biji kek. Sessi pagi buat hiasan kek barbie doll. Sessi petang hiasan kek bentuk bulat. Kelas ni memang best & fun. Kira memang berbaloi sangat-sangat aku ambil cuti semata-mata untuk attend kelas ni.
Tengahari kita orang lunch di restoran yang berhampiran. Macam-macam lauk ada. Malu nak snap gambar. Lagipun dah lapar sangat-sangat
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-Jun-2006 03:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Birthday
|
|
Hari ni birthday aku yang ke-2x Bertambah lagi usiaku.
Malam tadi buat cheesecake untuk bagi pada kawan-kawan di office. Kali ni buat baked cheese cake. Aku sendiri pun tak makan lagi. Aku lebih suka buat sebenarnya. Makan pun hanya sepotong dua je.
Member office aku kasi hadiah pagi ni. Gembiranya aku pasal dia bagi buku resepi. Eiiiiiiii suka sangat. Boss aku yang pilih katanya
|
|
|
|
|
|
| Monday, 5-Jun-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Makan malam
|
 |
|
Kung Pao Chicken aka Cashewnut Chicken
|
|
 |
|
Sizzling Mix vege with Bean Curd
|
|
|
Sebab ada tetamu datang ke rumah, maka aku kenalah masak for dinner. Hari biasa memang jarang sangat dinner. Malam ni aku buat chinese food. Simple & sedap.
KUNG PAO CHICKEN
Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam
- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.
Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak tuk menumis
garam - kalau perlu
Cara:
Panaskan sedikit minyak dlm kuali
Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-Jun-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menu Hujung Minggu
|
 |
|
Masak lemak cili api nangka muda
|
|
 |
|
Ikan kembung goreng
|
|
 |
|
Sotong kunyit
|
|
|
Normally hari Sabtu atau Ahad aku masak le masakan yang remeh-temeh sikit. Hari Sabtu aku teringin nak makan masak lemak nangka. Maka hari ni baru le aku masak. Sabtu tak de air. Tak boleh nak masak.
Tengahari tu menunya masak lemak nangka, ikan goreng lawan dengan budu. Gambar budu tak de. Lama tak makan. Sedap betul
Malamnya aku tambah masak sotong kunyit je.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 3-Jun-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Carrot Cake & Manuskrip
|
 |
|
Carrot cake
|
|
 |
|
Slice
|
|
 |
|
Manuskrip
|
|
|
Mari le makan carrot cake. 1 adunan buat 2 bekas. Memang plan nak kasi dengan seorang kakak tu. Aku punya kecik je. Saiz 5 inci. Tapi tak habis-habis lagi.
Tengahari set tempat dengan sorang kakak novelist jumpa kat McD. Aku ajak jumpa kat situ pasal kat rumah tak de air. Aku tak boleh nak masak. So, aku makan le kat McD. Jumpa kakak tu pasal dia nak serahkan manuskrip dia for editing. Tapi aku tak boleh le kasi tahu siapa novelist tu. Even tajuk novel pun aku tak boleh kasi tahu
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Jun-2006 15:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Swiss Hazelnut Tart
|
|
Lately ni kalau bab baking rajin je. Tapi cooking malas betul. This week baru sehari je bawak bekal. Selebihnya..... tak larat, penat & balik keje tertidur pun ada.
Malam ni baru je lepas siap membakar Hazelnut Swiss Tart. Ni buat kali ke-2. Cadangnya nak bawak ke office esok. Ex-collegue balik Malaysia. Katanya nak datang office esok. Tu yang buat lebih.
Satu adunan ni dapat 40 biji saiz sederhana. Tak suka buat saiz besar. Nampak macam gedabak sangat.
DOH
160g butter
80g gula castor
1 st vanilla esen
sedikit garam
1/2 biji telur
250gm tepung gandum
Cara:
1. Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja)
2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
4. Tekan doh pada acuan tart. Masukkan inti kacang hazel dan bakar pada suhu 175C selama 20 hingga 25 minit. Atau sehingga masak.
INTI KACANG HAZEL
125gm butter
100gm gula castor
2 biji telur
125gm serbuk kacang hazel
25gm tepung gandum
Cara:
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur & pukul
3. Masukkan serbuk kacang hazel dan tepung gandum. Kacau sebati.
* Kacang hazel boleh tukar kepada walnut atau almond.
|
|
|
|