- - Fotopages.com
Ikan Jaket, Tempe & Laksam - ada berani????????????
Mesti semua orang tahu kenapa ikan ni dipanggil ikan jaket kan. Dulu kita ni bukannya reti menyiang ikan jaket ni. Tapi my ex-house mate dulu le tunjuk macam mana cara menyiang, so jadi dah pandai le  ;-) . Ikan ni kita suka buat masak kicap campur cili api & lada hitam. Memang best le. Kita ni kalau masak ikan, mesti kena goreng dulu. Kalau tak, tak lalu nak makan ikan tu sebab lembik.
Yang ni pulak sambal tempe. Ayu yang kuat boboks tu mengajar cara nak masak. Sekarang kita pun dah pandai masak tempe ni  :-D
Laksam ni pulak kita buat pasal honey bunny pi sebut pasal laksam. Apa lagi, buat je lah. Malas nak beli. Tapi kita buat terlebih asam keping le  :-S
Tak tau nak kasi tajuk apa
Woaaa.... rasanya dah 4 minggu tak jenguk FP sendiri ni, dah naik bersawang & ada jugak yang reinduwww kat kita yeww  :-D
Sorry la ek.... semenjak dua menjak ni rasa macam tak cukup je masa kerja 8 jam. Tu yang selalu terlajak balik pukul 6. Kalau time nak gaji sure kekadang tu sampai kul 6.30. Sampai honey bunny tu pun last week dah perli, "baru pukul enam, dah nak balik?" Chehhh... siottt jek dia pekenakan kita  :-S. The next two day pulak, sebelum dia pekenakan kita, baik kita kenakan dia dulu, "I dah nak balik ni. Ingat nak tidur kat office. Tapi terlupa bawak baju & bantal", hahhhh padan muko dia  LOL  LOL  LOL time dia balik lambat pulak, lagi seronot menyakat "Ehhhh.... I ingatkan you dah pindah duduk kat office  :-D "
So.... inilah kisahnya sejak lebih 5 bulan yang lalu. Dah bekerja semula. Kali ni bukan lagi jadi secretary macam yang lalu-lalu tu. Tapi sebagai Head of HR & Accounts Department. Balik kerja, dah tak larat nak online. Even selalu tak dapat habiskan episod drama bersiri Korea. Selalunya jam 9.15 dah terlena. Sekarang ni masak pun tak de semangat tau. Sebenarnya jaranggggggggg sekali masak  LOL
Kali ni nak tayang kat korang semua aktiviti bulan Februari lalu. Ni ada gathering dengan geng food. Buat kat Vistana. Layan blues ye  :->
TAGGED BY THE JEDI INCORPORATED
you have to list all the links that are given including the link of the person who tagged you, (that's me) plus 5 more links from your own lists of friends.
Those 5 whom you tagged will also have to do the same, include all the links given to them by you plus their own links plus 5 links of people whom they want to tag. This is considered like the exponential concept. Which means 5+25+125=infinity.
There are advantages of this linking tag game.
Increase traffic to your blog.
Create a community.
Add friends.
At least it's an update to your blog.
1. http://kslye.blogspot.com/(The Strategist Notebook)
2. http://www.adriennezurub.typepad.com/link_addiction/(Link Addiction)
3. http://www.ardorofthehearts.blogspot.com/(Ardour of the Heart)
4. http://freemanscreams.blogspot.com/(When Life Becomes a Book)
5. http://themalaysianlife.blogspot.com/(The Malaysian Life)
6. http://www.yogatta.com/(Yogatta.com)
7. http://www.thyeoh07.blogspot.com/(What goes under the sun)
8. http://melayubuntu.blogspot.com/(Ubuntu For Malaysian)
9. http://arsenal.blogmas.com/(Arsenal Malaysia)
10. http://www.mywindowsxp.info/(Malaysian Computer Technical Blog)
11. http://blog.teqedge.com/(TeqEdge)
12. http://myblog.qubixdesign.com/(Qubix Blog)
13. http://silentblog.net/(Silent Blogger)
14. http://senyumansedekah.wordpress.com/(Senyuman Sedekah)
15. http://teranung.blogspot.com/(Teranung.blogspot)
16. http://maklan.blogspot.com/(Aku tetap aku)
17. http://taszara.com/(Taszara.com)
18. http://redbwg.blogspot.com/(Sheifa)
19. http://www.ubyy.blogspot.com/(aiNul)
20. http://www.mazudi.com/(Mazudi)
21. http://neobe.wordpress.com/(Neobe)
22. http://tukangtaip76.blogspot.com/(Ba’ang)
23. http://www.projectrasso.org/blog/(LanRasso)
24. http://megat.net/blog/(Megat.net)
25. http://blog.fawari.net/(fawari.net)
26. http://extrareen.com/(Azreenisme)
27. http://www.dearlova.com/(Lisa Dearlova)
28. http://www.auroramist.com/(Auroramist)
29. http://painz-celebratinglife.blogspot.com/(Sultana)
30. http://jediship.blogspot.com/(Jedi Knight)
31. http://shidaaziz.fotopages.com/(Shida Aziz) - tagged by Jedi Knight
Next, would be:
1. http://-maisya-.blogspot.com/(maisya)
2. http://boxhousestudio.fotopages.com/(boxhousestudio)
3. http://cakcibur.fotopages.com/(cak)
4. http://merpati66.fotopages.com/(ida isk)
Scones
Lama juga dok mencari resepi. Tapi kebanyakan resepi lebih kurang je. So Shida cuba resepi dari Joy of Baking.
Buatnya sekejap je. Nak sedap gunakan pure butter. 1 adunan ni dapat banyak. Kalau family members tak ramai, boleh buat 1/2 adunan sahaja.
Raisin Scones
2 cups (280 grams) all purpose flour
1/4 cup (50 grams) granulated white sugar
1 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup (113 grams) (1 stick) unsalted butter, cold and cut into pieces
2/3 cup (160 ml) buttermilk
1 cup raisin
Egg mixture for brushing tops of scones:
1 tablespoon milk
Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C) and place rack in middle of oven.  Stack two baking sheets together and line the top baking sheet with parchment paper.  (This prevents the bottoms of the scones from over browning during baking.)
In a large bowl, whisk together the flour, sugar, baking powder, baking soda and salt. Cut the butter into small pieces and blend into the flour mixture with a pastry blender or two knives. The mixture should look like coarse crumbs.  Add the buttermilk to the flour mixture and stir just until the dough comes together. Do not over mix the dough.
Transfer to a lightly floured surface and knead dough gently four or five times and then pat, or roll, the dough into a circle that is about 7 inches (18 cm) round and about 11/2 inches (3.75 cm) thick. Cut this circle in half, then cut each half into 3 pie-shaped wedges (triangles).  Place the scones on the baking sheet.  Make an egg wash of one well-beaten egg mixed with 1 tablespoon milk and brush the tops of the scones with this mixture.
Kisah assam laksa & mee udang
Laksa ada pelbagai jenis. Laksa utara/Kedah/Perlis/Kuala gunakan teknik yang sama. Jenis blender isi ikan dan juga blender tulang ikan. Laksa utara/Kedah/Perlis sedap makan dengan laksa tepung beras. Laksa Kedah biasanya taruk daun selom sebagai garnishing. Laksa Kuala pula makan dengan laksa tepung gandum. Assam laksa pula yang membezakannya adalah dari segi garnishing iaitu daun pudina dan hirisan nenas. Dan kuahnya juga berbeza, iaitu tak perlu blender isi ikan dan tak gunakan tulang-tulang ikan. Assam laksa sedap makan dengan laksa jenis licin/laksa tepung ubi.
Ni le assam laksa itu. Makan dari pagi sampai ke malam  :-D resepi tak payah taruk le pasal dah taruk dalam entry sebelum ini  ;-)
Hari ni pula teringin nak makan mee udang. Pagi-pagi tadi pergi pasar beli bahan-bahan nak buat mee udang. Buat mee udang ni renyah sikit. Tapi hasilnya marvelous  :->
Yang ni dah gaul
Mee Udang
Kuah
1 kg udang sederhana besar
1 genggam udang kering
15 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
5 sudu besar pes cili/cili boh
3 sudu besar pes mee udang/pes udang
2 cm belacan
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 bungkus mee kuning
Bahan hiasan
5 biji telur rebus belah 2
1 ikat kangkung
Taugeh
Cili merah hiris
Bawang goreng
Limau nipis/ kasturi
Caranya
1. Kopek udang hingga tinggal isi sahaja.
2. Cincang 8 ulas bawang putih.
3. Panaskan 2 sudu minyak dan goreng bawang putih sehingga harum dan sedikit kekuningan.
4. Masukkan kulit dan kepala udang. Goreng sehingga bertukar ke warna kemerahan. Masukkan air sedikit dan biar mendidih.
5. Tapis kulit dan kepala udang. Kisarkan kulit dan kepala udang dan tapis airnya. Ketepikan air rebusan udang.
6. Rendam udang kering dalam air dan apabila telah kembang atau lembut tumbuk sehingga lumat.
7. Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
8. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
9. Apabila telah kuning dan wangi masukkan pes cili. Goreng hingga pecah minyak.
10. Masukkan belacan, pes mee udang/pes udang dan udang kering yang ditumbuk.
11. Masukkan air rebusan udang & yang diblender.
12. Biarkan mendidih dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
Cara hidangan
Masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan taugeh, kangkung (dicelur), isi udang (rebus seketika), telur rebus, bawang goreng dan cili hiris
Lagi banyak air rebusan udang yang diguna, rasanya lagi sedap.
Rojak Singapore
Lepas raya hari tu. Tergedik-gedik nak buat gathering. Si Speed pun sama gak menggedik nak masak. Tapi disebabkan Shida sibuk dengan nak siapkan assignment dan nak exam, Teja pulak busy dengan kerja, maka tak boleh nak fixed time untuk gather.
Bagusnya si "hembo" datang ari tu pasal nak menjemput pergi kenduri tawen dia. Perghhh.... macam orang dolu-dolu pulak datang menjemput molot  LOL . So ada le sebab untuk aku menggedik nak masak  :->
Ni le ghopenye rojak Singapore yang tah hape-hape itu  8-)
Rojak Singapore
5 tangkai daun kucai potong panjang 1 inci
2 keping fish cake
6 biji fish ball
6 ekor udang digunting hujung janggut sahaja
1 biji telur rebus belah 4
1 keping tauhu hiris 6
2 keping ketam stick
6 keping hirisan bulat bawang bombay
1/2 cawan tepung naik sendiri + 1 sudu teh garam dibancuh dengan air macam nak buat batter goreng pisang
1/2 cawan tepung naik sendiri untuk saduran
Caranya:
1. Panaskan minyak untuk menggoreng.
2. Celupkan bahan-bahan satu persatu ke dalam batter dan sadur dengan tepung naik sendiri dan goreng sehingga bertukar warna keemasan.
3. Setelah habis digoreng boleh dihidangkan dengan kuah kacang.
Kuah Kacang
RM1 kacang tanah disangai, buang kulit & blender kasar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
5 sudu cili blender
1/2 cawan air asam jawa
1/2 ekor rangka ayam dipotong
Air
Garam & gula secukup rasa
1/2 cawan ikan bilis goreng garing & blender halus
Caranya:
1. Tumbuk bawang & halia dan tumis sehingga garing & wangi.
2. Masukkan serai titik dan cili blender. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan rangka ayam. Biar masak seketika.
4. Masukkan kacang tanah dan air anggaran 1 cawan.
5. Biar mereneh dengan api yang kecil. Ambil masa lebih kurang 1/2 jam untuk jadikan kuah kacang naik minyak.
6. Tambah air sekiranya kuah terlalu pekat dan renihkan lagi.
7. Perasakan dengan garam & gula.
8. Masukkan ikan bilis kisar ke dalam kuah kacang dan kacau lagi sehingga masak.
dOd - Kalau Dila buat lagi mengancam  :-D
Linda@anna - Cuba jangan tak cuba  ;-)
MamaFaMi - Kalau berjiran boleh le sedekah berpinggan-pinggan  LOL
Ana - Terima kasih Ana  :->
darlingangel - TQ darling :flowers:
cek de sam - Salam Tahun Baru Hijrah untuk cek de sam  sekeluarga  :-)
ayue - Suka aku korang makan. Pasal aku bukan makan sangat  LOL Suka buat je  ;-)
Maklang - Salam Tahun Baru Hijrah untuk Maklang sekeluarga. Shida selalu teruja kalau masuk FP Maklang tu  :P
Muslimah Swim Suit - Salam perkenalan juga  ;-)
boxhousestudio - Shida pun. Sampai sekarang teruja sup tulang yang kaler merah tu. Tapi tak pernah buat lagi  :-D
Intan - Salam perkenalan Intan. Sorry le Intan, Shida tak tahu caranya. Yang ni pun Mamafami yang tolong masukkan :hiding:
Kak Leen - Terima kasih atas penerangan Kak Leen tu  :->
Merry X-mas & Happy Holiday
Pagi ni memang dah plan beberapa hari yang lalu nak buat nasi lemak. Pukul 9 baru prepare nak masak. Dengan cili tak blender, sotong tak bersiang, huhhhh..... sampai kelaparan jugak le baru siap semuanya.
Ni 1st time buat nasi lemak guna beras basmathi gara-gara teruja tengok rancangan masakan kelolaan Asmah Laily yang mana dia menggunakan beras ini untuk buat nasi lemak. Tapi kita punya lagi special sebab taruk jagung. Beli masa hari raya hari tu. Kengkononnya nak campur dalam pulut. Tai tak buat pun  :-D
So menu hari ini adalah nasi lemak jagung, sambal sotong & ikan bilis serta hiasan sampingan yang lain.
Nasi Lemak Jagung
1 pot beras basmathi rendam 1/2 jam
1/4 cawan jagung hiris
3 hiris halia
2 helai daun pandan
1 pot air
1/2 pot santan pekat
1 sudu teh garam
1. Masukkan semua bahan dalam rice cooker dan tanak macam masak nasi biasa.
2. Dah kering boleh dikacau nasi tersebut.
3. Sedia dihidangkan dengan sambal, ikan bilis goreng, timun, telur goreng dan sebagainya mengikut citarasa.
Sambal Sotong & Ikan Bilis
Setengah genggam ikan bilis goreng kejap je
3 ekor sotong digaram kunyit & goreng seketika
3 ulas bawang kecil - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar hiris bulat
3 sudu cili blender
1 sudu teh gula
2 sudu sos cili
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Tumis bawang sehingga garing & wangi.
2. Masukkan cili blender dan tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan gula, air asam jawa & sos cili.
4. Masukkan ikan bilis goreng, sotong & bawang besar.
5. Masak sehingga pekat dan perasakan dengan garam.
Zai - TQ for drop by. Shida pun suka apa-apa je makanan yang ada jagung. Bubur jagung laaaaaaaaagiiii sukaaaa  :-D
MamaFaMi - Biasa le mama. Kita orang 1 family memang pantang jumpa jagung  ;-)
Nur - Cuba le. Memang sedap especially ada jagung tu  ;-)
Zati - Kita jagung cream tu hanya untuk buat dessert je. Kalau untuk makanan savoury taruk jagung fresh. Kita memang suka makan beras basmathi, beras wangi & siam. Beras biasa kureng. Selalu cekik  :->
masriyah - Mana pulak resepi baru. Tok Shida dah lama buat  ;-) nanti cuba le
Zai - Dah tengok. TQ  :-)
Cak - Kalo tanya aku semua benda sedap. Lauk ikan bilis ko tu je dah bape kali aku buat  LOL
boxhousestudio - Kak Tun pun tengok gak ek. Shida tengok time raya hari tu. Tu yang teringin nak guna basmathi. Lagipun kalau guna basmathi jadi lagi lawo  ;-)
cek de sam = Hi cek de sam, terima kasih mai melawat sini. Shida memang suka jagung ni. Taruk dalam pulut pun sedap  :P
Daalia - Nanti dah cuba leh tunjuk gambarnya pulak ye  8-)
harleena - Cuba jangan tak cuba. Kita baru tadi dapat beli cheese. Dah tergoda dengan cheese cake akak ari tu. Tapi tadi gatal jugak pi beli cheese cake kat Coffee Bean. Tapi rasa dia kurengggg  :-S
Salam Aidil Adha
Nasi Beriyani
1 1/2 pot beras basmathi direndam 1/2 jam
1 labu bawang besar hiris
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
2 helai daun pandan disimpul
3 sudu minyak sapi
1 1/2 sudu teh rempah kari
1 sudu rempah kurma
1 sudu rempah sup
1 pot susu cair
2 pot air
Garam secukup rasa
1/4 cawan kismis/raisin
2 pokok daun ketumbar
Caranya:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk rice cooker (atas dapur gas). Tumis bawang besar hiris, bunga lawang, buah pelaga & kayu manis & daun pandan sehingga garing & wangi.
2. Masukkan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan susu cair & beras. Kacau lagi dan masukkan air & garam.
4. Biarkan sehingga mendidih, masukkan kismis/raisin & kacau.
5. Alihkan dari dapur gas ke rice cooker. Biarkan masak seperi nasi biasa.
6. Biar nasi kering terlebih dahulu dan masukkan hirisan daun ketumbar & kacau nasi.
Ayam Masak Madu - Resepi mengelat  LOL
6 potong ayam digaram kunyit & goreng
3 ulas bawang kecil - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar hiris bulat
1 peket pes ayam madu Maggi
sedikit air asam jawa
1/2 cawan air
Caranya:
1. Tumis bawang tumbuk sehingga garing.
2. Masukkan pes ayam madu dan kacau seketika.
3. Masukkan air asam jawa, air & bawang besar. Kacau hingga pekat.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata.
Jelatah aka Acar Mentah
1 biji timun hiris
1/2 biji nenas kecik dihiris
1 labu bawang besar dihiris
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar tomato
Garam secukup rasa
Caranya:
Pulut Serunding
Pulut Serunding
3 cawan pulut rendam semalaman bersama 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar gula
1  1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 sudu besar minyak masak
1 cawan air panas
Caranya:
1. Sediakan kukusan, biarkan air sehingga mendidih.
2. Gaulkan gula, garam, minyak & pulut dalam loyang.
3. Masukkan loyang ke dalam periuk kukusan dan kukus ulut anggaran 15-20 minit.
4. Angkat dan kacau pulut. Arung pulut sedikit-sedikit dengan air panas.
5. Kukus lagi 15-20 minit.
6. Bila dah masak boleh masukkan dalam acuan dan tekan padat-padat.
7. Keluarkan dari acuan dan golekkan dengan serunding.
Serunding
1 biji kelapa putih sahaja
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6-8 biji cili kering (rebus seketika)
4 sudu besar udang kering (rendam)
Garam secukup rasa
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering & udang kering menggunakan pengisar kering.
2. Masukkan kelapa ke dalam kuali bersama dengan bahan blender.
3. Kacau selalu sehingga agak kering. Masukkan garam secukup rasa.
Sabrina - Ye orang yang sama. FP ni dah lama wujud le  :-D. Sab tak tahan makan pulut ke? Shida suuuuuuuukkkkkkaaaaaaaa sangat pulut  ;-)
boxhousestudio - Terima kasih Kak Tun. Salam Aidil Adha juga walaupun dah terlewat  :->
Assam Laksa & Rojak
Semenjak dah pandai buat sendiri, tak beli laksa dah sebab aku ni jenis suka makan berulang kali  :-D. Sebenarnya dah lama teringin nak buat. Tapi tak de masa. Dah kebetulan minggu ni free, aku pun apa lagi, buat le laksa. Kebetulan ada nenas & timun, dan aku pulak baru je beli kuah rojak Mak Bee yang famous kat Kedah tu, buat rojak sekali.
Rojak
Mesti ada yang tanya awat kuah dia hitam sangat  :-> pasal terlebih otak udang  LOL kengkonon nak pekat le.
1 bungkus laksa basah
Timun
Nenas
Cili merah hiris
Daun pudina
Bawang besar
Telur rebus
4 ekor ikan kembung (rebus dengan 5 hingga 7 keping asam keping). Ambil isi sahaja. Jangan blend atau racik. Just pecah-pecahkan kasar-kasar. Simpan stock ikan untuk kuah
Bahan A
15 tangkai cili kering (agak-agak le nak pedas mana ni)
10-15 biji cili api
5 bawang merah
3 bawang putih
sedikit lengkuas
sedikit halia
belacan
1 serai - ketuk je
1 bunga kantan belah 4
Daun kesum
Senggengam asam jawa buat jus
5 keping asam keping
5 sudu makan otak udang
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Blender bahan A
2. Masukkan bahan A dalam stok ikan
3. masukkan serai ketuk, bunga kantan, daun kesum, air asam jawa & asam keping
4. Bila dah mendidih pertama kali, masukkan otak udang. Waktu ni kena masak lama sebab kalau tak nanti bau otak udang tu macam mentah.
5. Last sekali baru masuk isi ikan. Isi ikan jangan masak terlalu lama sebab nanti keras. Dan jangan kejap sangat nanti ikan tu lembik pulak.
MamaFaMi - Meleleh air liur boleh lap sendiri kan  :-D
darlingangel - Darling, cuba le resepi yang Shida bagi ni. Insya-allah tak menghampakan  ;-)